Pages

Monday, March 15, 2010

Tamadun Awal Asia Tenggara


Kerajaan Agraria

1. Kerajaan berasaskan ekonomi pertanian, penternakan, dan pemungutan hasil hutan dan sungai. Terbentuk berhampiran lembah sungai yg subur spt kerajaan Dvaravati – Sungai Menam, Thailanddan Sg Irrawady, Kerajaan Sungai Merah, Vietnam, Kerajaan Sg Mekong ( Kemboja, Loas, dan Vietnam)

2. Selain itu dapat juga di pedalaman – kaw. Berbukit dan lereng gunung berapi spt kerajaan taruma di Tanah Tinggi Dieng, Indonesia..

3. Kerajaan awal yg terkenal: Sailendra ( Jawa tengah ), Angkor ( Kemboja ), dan Sukhotai ( Thailand ). Funan dari agraria ke maritim

4. Terbentuk secara evolusi – jadi petempatan kekal kemudian bandar dan kerajaan.

5. Tanaman utama : Padi sawah, padi huma, jagung , pisang, keledek, dan sayur-sayuran. Rempah ratus spt – cengkih, dan lada hitam hasil hutan spt gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana, dan pelbagai buahan.

6. Lain-lain : Sarang burung utk perdagangan, Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai, kulit kura-kura.

7. Ternakan haiwan spt lembu, kerbau, kambing, dan ayam.

8. Tahap awal pertanian utk sara diri kemudian komersil – ia dipengaruhi pembinaan sistem pengairan. Funan dan Angkor pengairan dari sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap. – raja da kerajaan bertanggungjawab membina dan mengurusnya spt zaman Raja Indravarman 1 (877M) – bina sistem pengairan dan baray – tempat takungan air seperti tasik.- Majukan pertanian Angkor.

9. Kerajaan Angkor kuat sebab kedudukannya dekat dengan Tasik Tonle Sap dan Sungai Mekong. Cuaca yang sesuai dan tanah yang subur.- utk padi, ikan air tawar, punca air minum – upaya tampung penduduk yg ramai.