Pages

Monday, March 15, 2010


Bab 3 Tamadun Awal Asia Tenggara



1) Bukti kewujudan hubungan perdagangan kerajaan awal Asia Tenggara dengan
negara luar
a) Pertemuan artigfak gendang gangsa Dongson
b) Persamaan artifak manik yang ditemui


2) Fungsi manik

a) Hiasan
b) Lambang status

c) Tujuan keagamaan
d) Tujuan sosial



3) Pembahagian kerajaan awal Asia Tenggara

a) Agraria

b) Maritim



4) Definisi kerajaan agraria

a) Kerajaan menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian, penternakan, pungut hasil hutan dan sungai

b) Terbentuk di kawasan yang subur seperti di lembah sungai, kawasan pedalaman seperti bkt dan gunung berapi



5) Definisi kerajaan maritim

a) Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan, kelautan dan berfungsi sebagai pelabuhan

b) Terletak dekat pesisir pantai, lembah sungai dan kepulauan



6) Bukti penanaman padi diusahakan sejak zaman Neolitik di Asia Tenggara

a) Berdasarkan jumpaan sekam dan bijian padi di beberapa tapak arkeologi



7) Kelebihan pelabuhan Oc-eo yang menjadikan Funan kerajaan Maritim terkenal

a) Terletak di muara sungai Mekong

b) Terlindung daripada tiupan angin teluk siam

c) Kemudahan pelabuhan]

d) Mudah dapat bekalan makan minum



8) Baray

a) Tempat takungan air buatan manusia yang menyerupai tasik yang luas

b) Pada musim hujan, air ditakungkan supaya dapat disalirkan pada musim kemarau untuk mengairi sawah padi dan bekalan minum



9) Jenis dan peranan pelabuhan kerajaan maritim

a) Pelabuhan Pembekal: bekalkan bhn logam tempatan seperti timah dan emas serta makanan kepada pedagang

b) Pelabuhan kerajaan: berperanan sebagai pelabuhan pembekal tetapi menjadi pelabuhan kerajaan apabila petempatan tersebut menjadi negeri

c) Pelabuhan entrepot: bekal hasil tempatan dan hasil kawasan takluknya kepada pedagang antarabangsa dan mengedarkan kepada pedagang dari pelabuhan sekitar dan kawasan takluknya



10) Lingua franca

a) Bahasa yang dituturkan secara meluas dan digunakan dalam pelbagai urusan



11) Gelaran kepada Tanah Melayu dan Sumatera kerana kekayaan sumber galian (emas dan bijih timah)

a) Survanadhipa (Semenanjung Emas)

b) Survanabhumi (Bumi Emas)

c) Golden Khersonese (semenanjung Emas)



12) Pelabuhan entrepot

a) Membekalkan hasil tempatan dan kawasan takluknya kepada pedagang antarabngsa

b) Membeli barang dagangan daripada pedagang antarabangsa

c) Mengedar brg dagang kepada pedagang dari pelabuhan sekitar dan kawasan takluk



13) Faktor kerajaan Kedah Tua dan Srivijaya berkembang menjadi pelabuhan entrepot

a) Terletak di selat Sunda dan Selat Melaka yang menjadikan kedudukannya strategik

b) Kedudukan di laluan perdagangan China dan India

c) Menjalin hubungan dengan kerajaan besar seperti China dan India



14) Barangan yang diperdagangkan oleh Kedah Tua dan Srivijaya

a) Emas,timah, hasil hutan, hasil laut, hasil kerajaan yang dibekalkan kpdnya



15) Faktor perkembangan pelabuhan Kedah Tua

a) Gunung Jerai jadi panduan pedagang kluar masuk

b) Kedudukan strategik di selat Melaka

c) Terlindung tiupan angin monsun barat daya dan timur laut

d) Kemudahan simpan brg dagangan



16) Cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara

a) Dibawa gol Ksyatria/tentera

b) Dibawa Vaisya/pedagang

c) Dibawa Brahmin/pendeta

d) Melalui aspek kebudayaan India yang menarik dan disesuaikan dengan kebudayaan tempatan