Pages

Saturday, January 16, 2010

TAMADUN MESIR KUNO


Tamadun Mesir Purba


1. Berkembang dari petempatan awal zaman Neolitik 10000- 5000SM. Sekitar 3500SM di kaw delta dan tengah Mesir berkembang jadi tamadun awal .

2. Terbahagi 4 zaman

2.1. Awal - 3100 – 2200SM

2.2. Pertengahan - 2040 – 1785Sm

2.3. Empayar - 1570 – 1085SM

2.4. Keruntuhan - 1085 – 322SM - Dikuasai :

2.4.1. Libya 1110 – 947SM ,

2.4.2. Kush 730 – 670SM

2.4.3. Assyria 663 – 609SM

2.4.4. Parsi 525SM

2.4.5. Yunani 332 – 30SM

2.4.6. Rom 30SM

3. Terletak di tebing Sungai Nil – ada dataran yang subur.

4. Pusat pentadbiran – Memphis, Thinis, dan Thebs.

5. Kuasa luar yang pernah jajah – Libya, Kush, Assyria, Parsi, Yunani dan Rom.

6. Proses pembentukan tamadun Mesir Purba

6.1. Bermula dalam zaman logam sejak 5000SM dgn membina sistem perparitan dan pengairan untuk pertanian.

6.2. Kemudian bina peralatan kawalan air dan terusan – tingkatkan kesuburan pertanian.

6.3. Mendirikan petempatan dan berkembang menjadi kampung.

6.4. Perkampungan berkembang jadi bandar dan bergabung bentuk daerah @ nome.

6.5. Nome atau daerah disatukan jadi pusat pentadbiran spt Thebes, Thinis dan Memphis.Salah satunya jadi pusat pentadbiran.

7. Ciri-ciri petempatan kekal :

7.1. Asas petempatan disatukan oleh Firaun Menes 3200SM. Semua nome disatukan jadi sebuah kerajaan.

7.2. Pusat pentadbiran berpindah ke Memphis dari Thinis – hampir dengan sungai Nil.

7.3. Kemudian berpindanh ke Thebes pd zaman kemuncaknya.

7.4. Menjadi tempat kediaman Firaun.

7.5. Bandar berfungsi sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran. Pelabuhan dijadikan pusat keagamaan dan tumpuan penduduk.

8. Bentuk dan struktur organisasi :

8.1. Firaun merupakan raja yang berkuasa mutlaq serta dianggap suci

8.2. Jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun.

8.3. Firaun dianggap sebagai tuhan Horus semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat,firaun digelar sebagai Raja Matahari,iaituAmon-Re.

8.4. Firaun juga merupakan ketua pendeta,ketua hakim,pemilik tanah,dan ketua pahlawan.

8.5. Golongan pahlawan menjalankan pentadiran,menjaga keamanan,mengurus dan mengagihkan makanan dan menjadi pegawai,penasihat dan gabenor wilayah yang ditakluki.

8.6. Para rahib dipertanggunjawabkan oleh firaun untuk mantadbir hal keagamaan.

8.7. Jurutulis ditugaskan untuk menulis rekod kerajaan.

8.8. Rakya bebas terdiri daripada petani,pedagang dan artisan.

8.9. Hamba adalah susun lapis masyarakat yang paling bawah.

9. Sistem Pemerintahan dan peranannya:

9.1. Raja – Ketua dan pemerintahan Mesir Purba.Bergelar Firaun .Perkataan Firaun dari Yunani Pharaoh – bermaksud rumah yg agong. Merujuk istana dan raja yang memerintah. Berperanan:

9.1.1. Raja berkuasa mutlak

9.1.2. Dianggap sebagai suci dan dianggap sebagai jelmaan tuhan Horus.

9.1.3. Mewarisi pemerintahan secara turun temurun.

9.1.4. Dalam dinasti ke tiga dan empat Firaun digelar Amon Re – Raja Matahari.

9.1.5. Ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim, dan pahlawan.

9.1.6. Dibantu golongan bangsawan dalam jalakan pemerintahan, menjaga keamanan, mengurus dan mengagih makanan.

9.1.7. Melantik para rahib mentadbir hal keagamaan.

9.1.8. Melantik orang awam sebagai jurutulis rekod kerajaan.

9.1.9. Firaun Hatshepsut seorang wanita – membina terusan dan menukar padang pasir jadi tanah pertanian yang subur

9.2. Pembesar, Bangsawan, Rahib, Jurutulis, Tuan Tanah

9.2.1. Membantu raja sebagai pegawai, penasihat dan gabenor wilayah.

9.2.2. Rahib mentadbir hal keagamaan.

9.2.3. Jurutulis merekod rekod kerajaan.

9.3. Rakyat Bebas – Petani, Pedagang, Artisan

9.4. Hamba

10. Pengkhususan pekerjaan masyarakat Mesir.

10.1. Terlibat dalam kraftangan seperti penenunan dan pembuatan barangan tembikar dan peralatan.

10.2. Hasil tekstil dan kertas untuk ekspot.

10.3. Perlombongan emas di Nubia.

10.4. Sungai Nil – membolehkan kapal menyusuri dan berlabuh di pelabuhan spt Thebes, Memphis, Fayoun, dan Heliopolis untuk aktiviti perdagangan.

10.5. Pentadbiran terancang – menarik pedagang Laut Mediterranean dan Laut Merah untuk singgah di Pelabuhan Mesir Purba.

11. Kepercayaan masyarakat Mesir.

11.1. Berkonsepkan politeisme.

11.2. Setiap tahun orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan unsur alam seperti Re (Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit) dan Amun (Tuhan Angin).

11.3. Mempercayai kepada kehidupan selepas mati dan mayat perlu disimpan serta dijaga dengan teliti.

11.4. Makam mayat dibekalkan dengan barangan kelengkapan harian serta kehidupan selepas mati

12. Ciri-ciri sistem tulisan Mesir Purba:

12.1. Sistem tulisan hieroglif – tulisan bergambar. Berkembang kepada hieratik – tulisan berangkai kemudian demotik 700SM .

12.2. Sistem tulisan ini berasaskan kombinasi gambar dan simbol berdasarkan bunyi.

12.3. Sistem tulisan bertujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan pengutipan cukai.

12.4. Juga berperanan dalam keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.
Sumbangan Tamadun Mesir Purba

1. Sumbangan dalam sains dan teknologi.

a. Sumbangan seni bina piramid-dibina Imhotep.

i. Jasa Imhotep – Bina piramid Sakkara.

ii. Dibina untuk Firaun Djoser – Firaun kedua dinasti ketiga.

b. Memperkenalkan teknik pembinaan menggunakan batu bata.

c. Mencipta kertas daripada pokok papyrus.

d. Penciptaan kertas memudahkan penyimpanan khazanah bangsa.

e. Tinggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya iaitu hieroglif.

f. Kemajuan dalam ilmu perubatan melahirkan pengamal perubatan mendapat status yang tinggi dalam masyarakat dan berkhidmat untuk firaun dan masyarakat.

i. Dokumen perubatan Mesir Purba jumpa dalam makan Firaun Khufu. 1600SM.

ii. Catatan perubatan yang tertua.

g. Kemajuan dalam bidang perubatan dalam memumiakan mayat.

h. Tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang fizik,kimia,perubatan dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga ke hari ini.

i. Penggunaan ilmu matematik digunakan untuk mengawal banjir.

j. Berjaya mencipta sistem pengairan – menyuburkan kawasan pertanian.

k. Zaman Firaun Senuustret III – berjaya menebusguna tanah – 123KM dan bina terusan mengairi 10000hektar.

l. Memperkenalkan kalendar 365 hari , 12 bulan setahun.

m. Tinggalan bangunan, tulisan, dokumen, dan buku – pembuktian wujud tamadun Mesir Purba.

n. Pengawalan air nadi tamadun Mesir.

2. Sumbangan dan penekanan dalam pendidikan.

a. Diwujudkan untuk kanak-kanak sejak umur rendah – golongan atasan.

b. Diadakan di rumah ibadat dan dikawal kerajaan.

c. Tujuan – lahirkan golongan pegawai kerajaan spt jurutulis.

d. Wujudkan juga ahli sains, geometri, matematik – uruskan hal ehwal pertanian,pengawalan air, pembinaan bangunan, dan piramid.


Tamadun Indus

1. Di lembah Indus disaliri sungai Indus yang berpunca dari Gunung Himalaya dan sekelilingnya.

2. Dikenali juga sebagai Tamadun Harappa.

3. Mula muncul pada sekityar tahun 2500SM dan merosot 1800SM.

4. Kehancuran disebabkan serangan orang Aryan serta bencana alam spt banjir, kemarau, dan gempa bumi.

5. Dua negara kota Tamadun Indus.

a. Mohenjo-Daro

b. Harappa

6. Proses pmbentukan tamadun Indus spt berikut:

a. Penduduk nomad di barat laut India membentuk pentempatan kekal di sepanjang sungai Indus.

b. Kekal kerana adanya sungai Indus – menyediakan sumber air dan tanah yang subur.

c. Telah meningkatkan hasil pertanian dan menambahkan jumlah penduduk kerana kepandainya menyesuaikan diri dengan alam sekitar.

d. Sebabkan wujudnya bandar dan yg utama Mohenjo-Daro dan Harappa – bandar pelabuhan penting.

7. Ciri-ciri keistimewaan Mohenjo-Daro dan Harappa sebagai petempatan kekal

a. Pembentukan yang terancang dan terbahagi kepada 2 bahagian dan dikelilingi tembok.

i. Bahagian utama – pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan utk upacara ritual dan pembersihan.

ii. Bahagian kedua – kawasan perumahan dan disusun berasaskan blok berbentuk segi empat.

b. Setiap blok dipisahkan satu rangkaian jalanraya dan lurus. Bersambung antara satu sama lain.

i. Blok berasaskan segi empat dan dipisahkan oleh jalanraya yg lurus dan bersambung.

c. Perancangan bandar dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan yang diterapkan daripada Tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.

d. Menggunakan batu bata daripada tanah liat melalui pembakaran suhu yang tinggi.

e. Ada sistem kumbahan dan saliran yang terancang.

i. Rumah ada bilik mandi dan tandas.

ii. Air kumbahan disalirkan keluar melalui paip ke longkang.

iii. Longkang tidak ditutp terus untuk pembersihan.

iv. Bahan buang dihantar ke luar bandar.

f. Bandar boleh dihubungi melalui sungai. Berfungsi sebagai alat perhubungan.

8. Ciri-ciri sistem oraganisasi sosial masyarakat Tamadun Indus.

a. Terbahagi dua golongan:

i. Bawahan

I. Terdiri daripada petani, buruh, dan hamba.

II. Petani menjalankan aktiviti pertanian dan salurkan sebahagian hasil kepada kerajaan.

III. Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan spt menjaga kebersihan bandar , membina tembok di benteng dan membina terusan.

ii. Atasan

I. Terdiri daripada pendeta dan pedagang.

II. Pendeta mempunyai pengaruh dan kuasa yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan aspek keagamaan.

III. Mempunyai pengaruh keagamaan – alat dapatkan taat setia golongan bawahan.

9. Aspek pengkhususan pekerjaan masyarakat Indus dapat dicirikan dengan:

a. Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi spt perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan.

b. Aspek perdagangan membabitkan perdagangan luar dengan Mesopotamia. Dibuktikan dengan penemuan cap mohor di Mespotamia

i. Cap mohor diperbuat dari batu lembut ,diukir, dan dipanaskan.

ii. Berbentuk segi empat bujur.

iii. Lambang pengenalan diri atau kumpulan pedagang.

c. Hasil perdagangan spt emas, gading, manik, dan hasil pertanian.

d. Petani mengeluarkan hasil spt barli, kacang dan sebagainya.

e. Golongan artisan terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan tembikar.

10. Amalan keagamaan dan kepercayaan masyarakat Indus.

a. Mempunyai satu amalan agama dibuktikan dengan penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan iaitu patung Proto-Siva.

b. Patung tersebut menunjukkan seseorang sedang duduk bersila dengan stail yoga dan terdapat tiga tanduk di kepelanya yang melambangkan Dewa Brahma,Vishnu dan Siva.

c. Proto Siva menjadi sangat penting dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu.

d. Masyarakat dalam tamadun ini juga percaya kepada Tuhan Ibu.

i. Dibuktikan dengan penemuan patung wanita.

ii. Disembah sebagai lambang kesuburan.

iii. Berlaku juga dalam masyarakat Mesopotamia, Asia Kecil, Syria, dan Palestin.

11. Sistem tulisan yang dihasilkan ialah sistem tulisan piktograf.