Pages

Thursday, January 14, 2010

Sejarah Tingkata 4-Bab 1

Kemunculan Tamadun Awal Manusia
1.1 MAKNA TAMADUN
Terangkan ciri-ciri Prasejarah
a)Zaman Paleolitik/Mesolitik
Penempatan: Pada zaman ini manusia Paleolitik/Mesolitik hidup secara nomad dengan tinggal didalam gua, ditepi tasek/sungai. Kegiatan manusia ini, adalah memburu binatang menangkap ikan dan mengutip hasil hutan. Alatan yang digunakan pada zaman ini diperbuat daripada batu yang menumpukan fungsi kegunaannya berbanding kehalusan seni. Lokasi penempatan seperti di Lenggong, Kota Tampan, Tingkayu(Sabah) dan Gua Niah di Sarawak.
b) Zaman Neolitik
Penempatan manusia zaman ini tinggal menetap dalam kelompok yang besar. Kegiatan bercucuk tanam seperti padi dilakukan, disamping itu aktiviti menangkap ikan turut dilakukan bagi menghasilkan makanan. Lebihan makanan didagangkan melalui sistem Barter. Alatan manusia Neolitik diperbuat daripada batu yang licin yang mempunyai pelbagai fungsi,antaran seperti tembikar tanah dan ciptaaan roda dan layar kapal.

c) Zaman Logam
Penempatan manusia zaman logam adalah menetap mereka membina rumah dan ini telah membawa kepada pertambahan penduduk akibat proses pembangunan wujud bandar besar dan juga kota pertahanan. Kegiatan manusia zaman ini adalah seperti membina perahu, sehingga membawa kepada penerokaan lautan semangkin meningkat.Akibat kepesatan aktiviti pembuatan perahu dan maritim maka wujud pelabuhan antarabangsa.
alatan, manusia zaman ini diperbuat daripada logam bagi membina perahu, rumah.